B.A.P

B.A.P

FT Island

FT Island
Five Treasure Island

Monday, February 21, 2011

ceritera MUTIARA KATA..renungan bersama..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....=)
Harap2 korg sihat erk..
Actually,,nak share beberapa MUTIARA KATA  utk renungan & panduan bersama..
SHARING is CARING an ?? ngee~~
glitter-graphics.com

So,,kat bawah ni beberapa mutiara kata terbaik yg aku pilih :-
  •  "Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
  • "Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
  • "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille
  • "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat." ~ Pepatah Arab
  • "Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
  • "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."
  • "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
  •  "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.."
  • "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire
  •  "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus
 
Ini antara beberapa MUTIARA KATA utk korg..ade kesempatan & ruang lagi aku akan kongsikan lagi k..
 
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

with love,
 

No comments:

Post a Comment