B.A.P

B.A.P

FT Island

FT Island
Five Treasure Island
Showing posts with label novel online. Show all posts
Showing posts with label novel online. Show all posts

Monday, April 4, 2011

ceritera : Novel Online Pertama Oleh Shekien SweetyLicious : SELEMBUT SUTERA Bab 5


Sutera sedang mengemas baju-bajunya.Hari ini dia sudah dibenarkan keluar hospital.Matanya melihat jam yang tergantung di dinding hospital itu.Dah pukul 10.00 pagi,bisik hatinya.Dia merapikan diri.Hari ini Sutera manis berbaju kurung dan berselendang biru.

“Selamat pagi tuan puteri.Patik diarahkan untuk menjemput tuan puteri balik,”

Sutera terperanjat.Dia mencebikkan bibir.

“Banyaklah awak punya tuan puteri Im.Ermm,,Im tak pergi pejabat ke hari ni?,”

“Tak.Im dah cakap denagn papa.Lagipun,papa yang suruh Im jemput Su kat hospital hari ni,” tuturnya sambil tersenyum manis.

Mereka beriringan keluar.Banyak mata yang memandang mereka.Sesekali terdengar jururawat di situ yang mengatakan mereka serasi.Naim dan Sutera hanya tersenyum mendengar omongan mereka.Naim menguruskan segala perbelanjaan Sutera di hospital.Sebelum mereka melangkah keluar,seorang jururawat yang menjaga Sutera mengusik mereka.

“Encik Naim,Cik Sutera,,kalau nak makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput saya,”

Naim dan Sutera ketawa kecil.

“Yelah kak,” balas Naim.

Sutera memandang Naim hairan.(Merepek je Naim ni).Sampai sahaja di kereta,Naim membukakan pintu untuk Sutera.Tidak banyak yang dibualkan semasa perjalanan menghantar Sutera pulang.Naim hanya banyak tersenyum sendirian,manakala Sutera hanya tersandar di tepi,kerana kepalanya masih terasa sakit.Sampai sahaja dirumah Sutera,Naim mengambil beg pakaian Sutera di tempat duduk belakang.Didi sudah siap menunggu. Didi memeluk kakaknya itu.

“Rindu la kat akak,”

“Akak pun rindu kat Didi,”

Naim hanya memerhati.

“Terima kasih Im,”

“Takpe Su.My responsiblility.Erm,,oklah.Im balik dulu ye Su.Kalau ada apa-apa,call Im ye.Abang balik dulu Didi.Jaga kakak elok-elok,”

“Ok,bos!,” balas Didi.

Mereka ketawa melihat gelagat Didi.Didi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Naim.Naim masuk ke dalam perut keretanya dan sekelip mata pandangan mereka pada terhadap kereta Mercedes Benz itu hilang.Lajunya bawa kereta,bisik hati Sutera.

*****

Sara mengurungkan diri di dalam biliknya.Sudah dua hari dia berperangai begitu.Datuk Jamal dan Datin Anum naik bingung dengan kelakuan anak mereka itu.Sara menumbuk-numbuk bantal yang di peluknya itu.Peristiwa Naim memarahinya dan meninggalkannya untuk mengejar Sutera masih bermain-main dimatanya.Sara menjerit.

“Nahas kau budak kampung!!,”

Datuk Jamal dan Datin Anum yang berada diluar kamar tidur Sara terperanjat.Mereka menggelengkan kepala.

“Anum,you call Puan Sri,tanya dia apa yang dah jadi ni.I tak suka dengan semua ni,” ujar Datuk Jamal.
Datin Anum menggangguk.Dia tahu suaminya itu sudah hilang kesabaran.

*****

“Baiklah.Nanti I cakap dengan Tan Sri and Naim,”

Puan Sri Sayiddah mengeluh.What’s wrong with you Im?,keluhnya sendirian.Naim mematikan enjin keretanya.Naim keluar dari keretanya sambil bersiul-siul.Puan Sri Sayiddah menanti di ruang tamu.

“Im,mama nak cakap sikit,”

Naim memandang Puan Sri Sayiddah.(Macam serius je)

“Ada apa ma?,”

“Apa yang Im dah buat pada Sara,sampai Datuk Jamal dengan Datin Anum call mama and bagitahu mama tentang perangai Im pada Sara?,”

“Perangai apa ma?,”

“Jangan buat-buat tak tahu Im!!,”

Naim menelan air liur.Pertama kali dia melihat mamanya itu marah.

“Ma,,please la.Im dah besar.Biar la Im tentukan hala tuju Im,”

Puan Sri Sayiddah seakan-akan terkejut.Selama ini anak bongsunya itu tidak pernah melawan kata-katanya.

“Im berkawan dengan siapa ni,sampai sanggup melawan kata-kata mama?,”

“Ma,tak ada siapa-siapa pun yang ajar Im melawan mama.Tapi,Im dah sedar.Im kena decided sendiri hidup Im.Tapi Im janji ma,Im tak akan membelakangkan mama,papa and our family ma,”

Puan Sri Sayiddah tunduk.Tiba-tiba Tan Sri Sudin masuk.

“Biar la Im buat keputusan untuk hidup dia Idah,”

“Mama tak setuju.jadi betul la cakap Sara.Im dah ada perempuan lain!,”

Puan Sri Sayiddah berang.Naim melangkah ke arah Puan Sri Sayiddah dan duduk bersebelahan emaknya itu.Naim memegang erat tangan Puan Sri Sayiddah.Air matanya mula bergenang.

“Ma,,Im tak pernah minta apa-apa dari kecil.Apa sahaja yang mama dengan papa cakap,Im turutkan.Tapi,kali ni je ma.Biarkan Im rasai kebahagiaan ni.She totally different ma.She make me happy,”

Naim memeluk erat Puan Sri Sayiddah.Tan Sri Sudin yang berad disitu turut sebak.Dia menghampiri Naim dan memeluk anak bongsunya itu.Puan Sri Sayiddah terharu.Dia tidak menyangka kata-kata itu keluar dari mulut anak bongsunya itu.Mereka saling berpeluk.

“Ma tak kisah Im.Kalau Im bahagia,mama bahagia,sayang.Tapi,perjanjian itu yang dituntut Datuk Jamal dan Datin Anum.Mama tak mahu mereka apa-apakan keluarga kita dan Im,”

Naim memandang Puan Sri Sayiddah dan Tan Sri Sudin.Dia memegang kembali tangan mama dan papanya itu sambil tersenyum.

“Don’t worry ma,pa.Insyaallah,everything gonna be fine,”

Naim tahu dia bakal berdepan cabaran besar.Cabaran untuk memutuskan perjanjian untuk menjodohkan dia dan Sara.(Aku harus kuat.Kuat untuk mama,papa,Mega Holdings dan untuk kau,Sutera Maya)


Wednesday, March 9, 2011

ceritera : Novel Online Pertama Oleh Shekien SweetyLicious


SUTERA MAYA.Gadis yang berasal dari kampung berhijrah ke bandar besar Kuala Lumpur dengan niat membantu ibunya di kampung.Tanpa disedari,dalam diam hatinya terpaut pada insan yang berbeza dunia,lalu Sutera nekad pergi.Untuk apa dia disini.Di tempat dimana hati & cintanya dipermainkan.

ISKANDAR NAIM.Pemuda tampan dari bandar metropolitan.Hidupnya dilimpahi kemewahan.Apa sahaja yang diingini pasti tercapai,termasuk gadis-gadis cantik.Namun,kehadiran seorang gadis benar-benar merubah pendirian hidupnya.Lalu,dia tersepit antara cinta hatinya & perjanjian orang tuanya.

AHMAD AZLAN.Jejaka yang mencintai Sutera sejak zaman persekolahan lagi.Namun,Azlan sedar hati & cinta gadis itu tidak akan menjadi miliknya.Semuanya kerana sebuah prinsip yang dipegang Sutera."Persahabatan tidak akan bertukar menjadi percintaan"

SARA HANIM.Gadis manja yang dibesarkan diluar negara.Apa sahaja kemahuannya harus dituruti kedua orang tuanya termasuk untuk memiliki seorang jejaka.Dan kerana itu juga dia menjadi gadis yang sangat kejam.Baginya,jika dia tidak memiliki jejaka itu,orang lain juga tidak akan dapat memilikinya!

sumber gambar : ihsan google
 
NANTIKANNYA DI KEDAI-KEDAI BUKU BLOG ANDA. (^^;)